Sunday 23 December 2012

Tip Pemakaian Jubah

Tip Pemakaian Jubah

* Penting sekali bagi wanita mengenal pasti corak jubah yang hendak digayakan.

* Walaupun umumnya jubah berpotongan longgar, saiz badan dan ketinggian mempengaruhi keseluruhan penampilan. Jika tersalah pilih, impian untuk menggayakan jubah yang anggun bertukar sebaliknya.

* Biarpun tampak ringkas, padanan tudung dan jubah tetap memperlihatkan kreativiti pemakainya dalam membuat pilihan.

* Jubah polos elok digayakan dengan tudung bermotif dan sebaliknya.

* Elak jubah bercorak sarat kerana ia tidak menampakkan seri kesopanan dan imej sederhana dalam penggayaan.

* Bagi mengimbangi rekaan kosong pada jubah, seeloknya gayakan tudung bercorak atau warna terang.

* Usah malu mencuba rekaan jubah berpotongan serta berunsur kaftan yang menjadi trend sekarang.

Source : Berita Harian

P/S : Sila-sila lar lawati / add FB Ammar Damia Ada banyak pilihan jubah muslimah yang terkini. Ada jubah jeans/denim,abaya, blous dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment