Tuesday 1 January 2013

Apa itu ABAYA?

Abaya ialah pakaian tradisi wanita-wanita di negara-negara teluk atau timur tengah. Di sana ia dipanggil'Abaya''Swaeiyah' ataupun 'Daffa'. Ia pada dasarnya ialah sehelai kain (pakaian) yang dipakai di luar atau pun di atas pakaian lain bila wanita mahu keluar rumah. Dalam bahasa Inggeris dipanggil 'black over garment' atau 'black cloak' jika diterjemahkan maknanya 'selimut hitam'.






Pemakaian abaya adalah amat bertepatan dengan ciri-ciri pakaian wanita Islam yang menepati syariat. Ini kerana sehelai abaya biasanya mempunyai beberapa ciri berikut:
  • Kainnya tebal
  • Warnanya hitam
  • Ianya besar dan longgar
  • Ianya labuh menutupi seluruh badan
  • Ianya sopan
  • Simbol wanita Islam

Sebahagian besar masyarakat di negara teluk menganggap abaya sebagai pakaian tradisi mereka namun di zaman ini abaya sudah menjadi pakaian global kerana di mana-mana saja ada muslimah yang memakai abaya. Pengaruh fesyen dan budaya Khalejia atau budaya wanita-wanita UAE yang sentiasa elegan memakai abaya kini menjadi fenomena di beberapa negara yang mempunyai jumlah umat Islam yang besar seperti Malaysia dan Indonesia.

Tapi, jangan terkejut kerana ramai muslimah dari negara-negara bukan Islam pada hari ini gemar memakai abaya. Mereka telah menerima abaya sebagai pakaian Islam yang ringkas, elegan dan sangat memuaskan dalam menutup aurat.

Satu masa dulu rekaan abaya hanyalah sangat asas tapi hari ini kita boleh lihat abaya dalam pelbagai potongan, variasi fabrik, warna dan gaya. Ada abaya dipotong 'straight cut' seperti kebanyakan abaya dari Arab Saudi dan Indonesia. Manakala abaya berpotongan 'A-cut' dan 'Butterfly-cut' sangat terkenal di UAE dan Qatar yang biasanya dipanggil ABAYA DUBAI yang sangat elegan bila dipakai. Sekarang ini ada pula 'Umbrella-Cut' atau 'Princess-Cut' yang bukaan bawahnya kembang luas tapi sangat feminin.




Hiasan abaya pula kalau dulu hanya kosong saja atau sekadar sedikit tambahan lis atau sulaman berwarna sama, hari ini banyak abaya dihiasi dengan tampalan kristal swarovski yang berkilauan, jahitan sulaman yang cantik berwarna-warni, jahitan manik dan labuci dan kini penggunakan pelbagai fabrik kontras pula. Mungkin perkembangan fesyen abaya ini yang membawa imej kontemporari telah berjaya menarik minat pelbagai lapisan usia dan pelbagai negara boleh menerima abaya sebagai pakaian harian atau pakaian eksklusif mereka.

Sehelai abaya boleh dipakai untuk pelbagai aktiviti, suasana dan ke mana. Pemakainya hanya perlu pandai menambah aksesori atau mengubah gaya tudung malah hanya dengan menukar kasut dan beg tangan sudah cukup untuk menyesuaikan abaya itu dengan suasana baru. Bak kata, setiap wanita muslimah memerlukan abaya di dalam almari pakaian mereka. Ke pejabat boleh dipakai, ke majlis kenduri boleh, ke majlis makan malam boleh, ke masjid lagi....lah boleh, ke pusat membeli-belah pun boleh, katakan ke mana saja, abaya adalah pakaian yang paling sesuai.


Sumber : Abaya Elegan


Dapatkan Abaya dengan fabrik berkualiti pada harga yang murah....Belilah dari a m m a r . d a m i a ~ Styling Your Life 




No comments:

Post a Comment